|
. : profile : . ![]() amirahsyuhada Dia ingin menjadi dewasa, tapi sering merasa dirinya belum bersedia menjadi seorang 'wanita'. Dia seorang yang amat sederhana. Degil,keras kepala,nakal dan tidak sistematik. Dikelilingi kanak-kanak dan remaja sering membuatkan dia tak ingin dewasa, namun dia terpaksa menjadi dewasa, sebab umur dah pun semakin tua. Membesar di pinggir bandar Melaka, kini bertugas di kawasan pedalaman di Sabah. Hidup bagaikan lukisan.Kadangkala indah dan mengasyikkan, kadangkala gelap dan memilukan. Opsyen Teknologi Maklumat dalam Ijazah pendidikan, tapi mengajar B.inggeris dan P. Seni Visual, sesuatu yang tidak pernah disangka oleh guru English dan P.Seni nya dahulu.Namun memang tiada siapapun menjangka dia akan graduat dan bertugas sebagai guru, kerana dulu, dia hanya seorang pelajar nakal yang 'clumsy'.
Blog dalam English Highlight ![]() Blog Alternatif dalam percubaan
My majesty:Elegan modenas ![]() Aku adalah ahli gengjurnal yang pasif. Tunggulah aku pindah semenanjung mungkin baru aktif..haha. Amirahsyuhada di Gengjernel . : archives : .
|
"Hidup ini umpama kanvas, kita adalah warnanya, kadangkala hitam pekat lagi menyiksakan, kadangkala putih,tenang lagi membahagiakan. " |
. : Links and Tagme : . ![]() Tagme ini terpapar di dua blog amirahsyuhada iaitu di blogspot dan blogdrive ++++Catatan berharga++++ convert Mp3 dari video Kod html letak gambar serah? perjalanan bersama dia aku seadanya abnormal vs normal one child by torey hayden Melaka kembali bersultan the never forgotten sister +++++
Amirahsyuhada's video More Amirahsyuhada's video in Youtube Blog yang kubaca
Laman-laman menarik Jens idea on teaching english review novel2 melayu education world thestoryteller jarimengetik
![]()
++ Aku di Yahoo++ @counter@ ![]() AMARAN:Semua tulisan disini adalah pandangan individu Amirahsyuhada, tidak mewakili mana-mana pihak, samaada Kesatuan Guru-guru atau pun Kakitangan Kementerian Pendidikan Malaysia. Tulisan ini boleh dijadikan bahan rujukan, kerana ianya adalah fakta dan pandangan, tetapi tidak boleh dijadikan bahan bukti dimahkamah. . : Contacts : . Contact Me RSS Atom . : credits : . blogskins annika von holdt Designed by:cherish- |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Sunday, December 11, 2005
Jam 3 pagi aku baru selesai tengok movie Philadelphia lakonan Tom Hanks..Dan entaH kenaPa aku teringat cerita The woodsman lakonan Kevin Bacon. Kedua kisah ini adalah berdasarkan 1 asas iaitu abnormality. Tom Hanks berlakon sebagai gay yang menghidap AIDS, Kevin Bacon sebagai pedhophilia yang baru selesai menjalani hukuman penjara atas tuduhan mencabuli 2 orang kanak-kanak perempuan. Kevin Bacon survive dan berjaya memasuki kelompok normal, Tom Hanks..mati kerana AIDS tetapi berjaya dalam tuntutannya di mahkamah dalm memfailkan tuduhan diskriminasi terhadap penghidap AIDS. Sejak aku dikampus aku agak berminat dalam bidang psikologi manusia, terutamanya dalam ruang lingkup abnormality. Tapi aku tak berpeluang untuk menambah ilmu dalam minat ni, kerana lebih taksub kepada internet, games dan kerja ku sebagai guru..sesuatu yang dikira normal kenapa ada abnormality dikalangan manusia. Percaya tak kalau aku kata abnormality sebenarnya adalah normal? Aku yakin sekarang kalau ada yang berpakaian seperti P.Ramlee atau saloma sahih kena kutuk, tapi sewaktu era P.Ramlee tu, itu adalah normal. Sekarang juga, siapa yang tiada henfon sahih dianggap pelik..antisosial atau sebagainya. Begitu juga orang perempuan yang yang bercita-cita nak jadi bouncer ..amat pastilah dianggap pelik. Dan lelaki menjadi jururawat juga masih belum diterima umum. Manusia yang fizikalnya tak sama dengan orang yang dianggap normal..contohnya lebih rendah, lebih tinggi, lebih kurus dan lebih gemuk pasti juga sering merasa diskriminasi samada secara lansung atau tidak.Malah manusia yang sikapnya memamng berjalan lambat..pasti akan dikutuk oleh rakan-rakannya..macam kura2 lah, slobbish lah..lembab..dan sebagainya. Dan manusia yang bekerja terlalu pantas juga akan menjadi bahan ketawa orang lain.Makan cepat, jalan cepat..mengalahkan monoraillah..macam orang jepun lah...macam 2 lagi. Manusia sebenarnya kurang bersikap terbuka, sesiapa yang tidak termasuk dalam golongan majoriti akan dianggap abnormal. Dan selalunya manusia abnormal ini akan selalu menjadi mangsa keadaan, kehidupan sosialnya akan terbatas dan akan menjadikan dia semakin abnormal. Abnormality yang paling sukar sebenarnya tetapi boleh dirawat adalah abnormal psychology. Istilah yang agak kejam adalah psikologi luar tabii Adakah abnormal ini direka2 oleh mereka..tidak! Percayalah yang ianya datang secara semulajadi dan mereka dilahirkan dengan abnormality ini. Dan keadaan persekitaran hanya sekadar mengukuhkan. Abnormality ini boleh berkurangan dan hilang tetapi tidak lenyap atau terhapus. Tapi ia hanya boleh dibunuh oleh manusia yang menghidap abnormality tersebut. Tanyalah orang-orang gay, mereka akan kata mereka memang dilahirkan sebegini terperangkap dalam diri mereka. Tanyalah sejuta manusia...siapa yang sanggup menjadi abnormal? TIADA! Percaya atau tidak, abnormality ini adalah sebenarnya satu UJIAN dari Allah S.W.T. Setiap manusia dilahirkan dengan ujian2 tersendiri. Ada yang diuji lahir dalam keluarga yang amat miskin,ada yang dilahirkan dalam keluarga yang pincang, didera, dirogol atau dijual. Ada yang dilahirkan sebagai anak luar nikah, dicemuh seluruh hidupnya, dipungut oleh jabatan kebajikan atau punya kecacatan kekal kerana hidungnya digigit anjing sewaktu dalam tong sampah. Ada yang diuji dengan kekayaan lalu membesar sebagai manusia bongkak. Dan pastinya ada yang dilahirkan dalam keadaan dia mempunyai tabiat yang tidak diterima normal. Tewas bererti kita harus membayar dengan harga terlalu mahal..didunia dan juga diakhirat. Maruah tergadai, dosa terkumpul dan undang-undang menghukum. Manusia seperti ini perlukan seribu ketabahan untuk hidup dengan nafas lega. Tak ramai yang menang dalam percaturan ini. Kerana aku yakin..setiap manusia yang diuji dan berjaya mengharungi ujian, amat besar ganjarannya. Kepada semua manusia normal...yang merasakan dia normal,ketahuilah setiap manusia ada abnormalitynya sendiri..sebab setiap manusia itu unik, dan unik bukanlah normal. Kritiklah Tulisan ini Papar kritikan amirahsyuhada @ Sunday, December 11, 2005 02:29 am Friday, December 09, 2005
i bought this book at Borders at Non Fiction:psychology cases division i think. I dunno why i have a great interest about Non-fiction stories and lot of them is about physchology and abuse children or about orphanage.Maybe because i like children,i like the way they cope with their life..that some of adult maybe will surrender, but they just cant surrender because they have to face the situation...they have no choice,they are not the one who control their life...they just have to face all thing.I had write my journal about my earlier day in teaching..that i face one case..that i can do nothing about it,i regret about that till now,and just pray..that it will never happen to my students anymore. Maybe i will post the journal..but its 17 pages..!in Malay..of course! "One Child" was a true story about a 6 years old girl who had to face severed sexual and physical abusement from men around her.Actually i not read this book yet, i left it at my sister's house. This evening she called me and said she cry when she read this book, and she still have tears in her heart when she read the website,i never heard she described a story like this, and me too..really in shocked when she try to tell me how this girl had been raped by her bloddy hell uncle. "her uncle said..'its' so small..so he have to riped/cut that thing" I cant hear this..but its still echo in my mind..even now.. i dunno whether i can read this story or not..i had read many children abuse story..but never read about girl..because i know..it will just severe than a boy..and am a light hearted..dunno how i will read this story.
Kritiklah Tulisan ini Papar kritikan amirahsyuhada @ Friday, December 09, 2005 01:30 am Thursday, December 08, 2005
update di blogspot. Kritiklah Tulisan ini Papar kritikan amirahsyuhada @ Thursday, December 08, 2005 10:31 am Wednesday, December 07, 2005
Berita pagi ni entahlah ...agak membuatkan aku sedih. Cakaplah apa sahaja..kalau kiraan undi ni tetap menunjukkan BN menang..aku tetap akan sedih...sedih sesedihsedihnya... i know some of people around me now..laugh with joy. And i know some of my friends feel same as me...SAD. Kritiklah tulisan ini (1) Papar kritikan amirahsyuhada @ Wednesday, December 07, 2005 11:35 am Monday, December 05, 2005
part 2 a week at KL aku update kat blogspot. Semalam pukul 9.40 aku g cinema dengan dengan member aku, as usual dia pilih citer apa yg nak tengok. Mulanya kami nak tengok Harry Potter, aku dah tengok kat KL haritu dan dah beli DVD dah, tapi xperlah. So call cinema nak book, skali full daaa. So kami pun book lah citer Pontianak Harum Sundal Malam 2. ![]() Aku ni sebenarnya tak suka tengok citer hantu pasal aku ni lemah smangat skit bab2 ni, sbb tu aku ckp ngn member2 aku ..xbaik tengok citer hantu...xbaik utk kesihatan..hehe. Terutama citer Korea..or Jepun...ieeee...tobat aku tanak tengok.Kalau member2 aku bukak vcd citer ni...aku akan dok kat bilik smbil sumbat telinga ngan kapas...hua..hua.Tapi kenkadang aku beli gak vcd citer hantu ni untuk member2 aku tgok.Pikir..alahai citer melayu tak seram mana lah... So kami berdua berikrar..kalau cerita ni seram..kami akan keluar pada 10 minit pertama..hehe. Jeng-jeng lepas amik tiket tu kami makan kat McD jap pastu baru masuk cinema. Jantung dup-dap-dup-dap.. ![]() Then masuk tu bila start..tunjuk pontianak atas kereta...dengan hilaian dia alamak aiii..kawan aku memang menyorok tepi aku! Aku plak...rilek2 kontrol macho. Takkan nak kuar kot..depan dan belakang row kitorang ada bebudak lelaki yg mulut...ya salam bising gakler...siap gelak reramai lagi bila tiba part seram..so aku tekad..takkan nak menyerah kalah kot. So aku pun pikirkanlah benda2 yg kelakar bila tiba part yg seram tu. tapi citer ni lebih banyak perlihatkan kesenian dan kemisterian tarian kuda kepang, dan banyak adegan mengejut...sakit jantung wehhh... Movie ni habis kul 11.50 mlm, 1st time le aku tengok cinema habis lewat camni. Sepanjang perjalanan pulang kami cuba untuk tak sentuh dari berborak benda yg seram. Kawan aku tidur rumah aku malam tu...pergghhh berat gak penangan citer ni. Sebelum sampai rumah, kami g makan tomyam kat Bkt katil, depan JPJ, sedap gaklah...tapi kawan aku komplain kata lebih asam je...aku ni jenis xkisah. ![]() hampir kul 1.00 pagi gakler sampai rumah aku, sempat gak layan Harry Potter skejap sebelum last2 Harry Potter yang tengok kitaorang. Cerita Sedih Seorang member aku hantar mesej petang tadi mengatakan adiknya sedang cuba dimurtadkan oleh seorang doktor hindu, terkejut dan sedih juga aku dnegar dan lebih menyeramkan ialah ianya bermula dari Chatting...Ya Allah jauhkanlah aku dr perkara ini. Kritiklah Tulisan ini Papar kritikan amirahsyuhada @ Monday, December 05, 2005 08:21 pm |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||