|
. : profile : . ![]() amirahsyuhada Dia ingin menjadi dewasa, tapi sering merasa dirinya belum bersedia menjadi seorang 'wanita'. Dia seorang yang amat sederhana. Degil,keras kepala,nakal dan tidak sistematik. Dikelilingi kanak-kanak dan remaja sering membuatkan dia tak ingin dewasa, namun dia terpaksa menjadi dewasa, sebab umur dah pun semakin tua. Membesar di pinggir bandar Melaka, kini bertugas di kawasan pedalaman di Sabah. Hidup bagaikan lukisan.Kadangkala indah dan mengasyikkan, kadangkala gelap dan memilukan. Opsyen Teknologi Maklumat dalam Ijazah pendidikan, tapi mengajar B.inggeris dan P. Seni Visual, sesuatu yang tidak pernah disangka oleh guru English dan P.Seni nya dahulu.Namun memang tiada siapapun menjangka dia akan graduat dan bertugas sebagai guru, kerana dulu, dia hanya seorang pelajar nakal yang 'clumsy'.
Blog dalam English Highlight ![]() Blog Alternatif dalam percubaan
My majesty:Elegan modenas ![]() Aku adalah ahli gengjurnal yang pasif. Tunggulah aku pindah semenanjung mungkin baru aktif..haha. Amirahsyuhada di Gengjernel . : archives : .
|
"Hidup ini umpama kanvas, kita adalah warnanya, kadangkala hitam pekat lagi menyiksakan, kadangkala putih,tenang lagi membahagiakan. " |
. : Links and Tagme : . ![]() Tagme ini terpapar di dua blog amirahsyuhada iaitu di blogspot dan blogdrive ++++Catatan berharga++++ convert Mp3 dari video Kod html letak gambar serah? perjalanan bersama dia aku seadanya abnormal vs normal one child by torey hayden Melaka kembali bersultan the never forgotten sister +++++
Amirahsyuhada's video More Amirahsyuhada's video in Youtube Blog yang kubaca
Laman-laman menarik Jens idea on teaching english review novel2 melayu education world thestoryteller jarimengetik
![]()
++ Aku di Yahoo++ @counter@ ![]() AMARAN:Semua tulisan disini adalah pandangan individu Amirahsyuhada, tidak mewakili mana-mana pihak, samaada Kesatuan Guru-guru atau pun Kakitangan Kementerian Pendidikan Malaysia. Tulisan ini boleh dijadikan bahan rujukan, kerana ianya adalah fakta dan pandangan, tetapi tidak boleh dijadikan bahan bukti dimahkamah. . : Contacts : . Contact Me RSS Atom . : credits : . blogskins annika von holdt Designed by:cherish- |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Wednesday, November 15, 2006
Sebelum balik raya haritu aku ada beli hosting di sempoi. Aku tak ingat bandwith dan ruang storan yang ditawarkan. Dan aku sempat upload 3 fail sahaja. Hari ini aku jelajahi sedikit demi sedikit ruang 'admin' nya. Aku pindahkan 3 fail tersebut ke folder public_html, barulah terpapar di index. pergilah ke amirahsyuhada.net ----> http://www.amirahsyuhada.net Sebenarnya aku ada 'install' blog tapi ada masalah nampaknya. Banyak lagi yang aku kena pelajari, tapi masa dan keadaan amat mengekang. Dan baru-baru ini beberapa permintaan untuk fail-fail video dan audio untuk "Kiamat sudah dekat" tak dapat aku penuhi kerana notebook sedang koma. Jadi seperti yang kalian lihat, ada aku letak di web yang baru aku godek ni. ps: server jaring sedang lembab, aku upload gambar web aku ni, tak dapat-dapat. Kritiklah Tulisan ini Papar kritikan amirahsyuhada @ Wednesday, November 15, 2006 10:28 am
Nampaknya aku harus berputus asa dengan apa yang aku minat. Mungkin ini satu pengorbanan. Selepas ini tulisan-tulisan ini akan lebih pendek, atau tulisan-tulisan yang sudah kutulis secara offline. Aku perlu hidup di alam nyata. Kritiklah tulisan ini (1) Papar kritikan amirahsyuhada @ Wednesday, November 15, 2006 09:27 am Monday, November 13, 2006
Hujung minggu ini adalah antara pengalaman yang tak dapat aku lupakan. Pertama, hari jumaat lepas, aku telah pertama kali dalam hidupku begitu hampir dengan arak. Maaf aku manusia biasa yang mentah lagi naif. Kalian mungkin anggap benda ni biasa, tapi aku tidak. Sebagai budak melayu yang tipikal, aku anggap arak adalah umpama najis yang kalau boleh nampak pun aku tak mahu. Tapi hari jumaat malam sabtu yang lepas, kawan ku yang baru tiba dari Labuan, membawa aku dan keluarganya makan di restoran cina setelah puas kami mencari tempat makan yang biasa, Sandakan menjadi bandar mati sebaik sahaja jam 9.00malam. Yang hidup, pastinya perniagaan yang segan nak hidup waktu siang.Akhirnya kami ke Golf View. Aku dapat rasakan, beberapa pasang mata yang memandang kami dengan pandangan janggal. Pertama kali aku melihat, bagaimana arak disediakan, dan diminum macam air biasa. Dengan gelas bercop tiger. Kalau tak kerana masih menghormati kedua ibu bapa temanku itu, mungkin aku rela duduk dalam kereta. Memang ada tulisan 'we serve no pork' yang besar ditayangkan dikaunter. Tapi, bagaimana penyediaan makanan tu, aduh sangsinya aku. Masalahnya, aku memang agak lapar. Apa pun aku makan juga kuetiow basah(sampai sekarang aku kesal dengan kebodohanku memesan kuewtiow goreng tu) dengan air cola yang mulanya ku tuangkan didalam gelas cop tiger, tapi akhirnya aku cuma minum dalam tin cola itu juga. Dan tetamu yang semeja denganku, memesan sesuatu dalam bahasa cina, segelas air berwarna kuning..yang cuba aku anggapkan air teh ais sahaja.Perasaanku bercampur baur malam tu. Kedua, balik dari makan malam tu, lebih kurang hampir jam 11 malam baru sampai depan rumah. Banyak kereta didepan rumah kami. Jiran kami (pakcik tuan rumah) rupanya buat keramaian sempena perkahwinan anaknya. Dalam 6 buah rumah ditempat rumah sewaku, separuh darinya kristian. 3 buah rumah kristian tu, mempunyai penghuni yang ramai. Mereka berpesta malam tu. Sempat pula tuan rumah mengetuk pintu rumah kami, mengambil barang dan menghulur kad jemputan. Bayangkan rumah sewa 2 orang gadis dimasuki hampir 5-6 orang lelaki, mengambil gong-gong yang tersimpan di stor rumah kami.Malam tu kalau boleh kami nak pasang jeriji besi disetiap tingkap dan pintu. Diluar, kami dengar suara orang ramai yang sedang berpesta tu mabuk-mabuk dan menari dengan amat riuh sekali. Itu baru permulaan.. Sabtu malam ahad. Pesta masih rancak dengan lagu-lagu yang lebih kuat, bercampur-campur dengan bunyi gong. Ditepi tingkap, suara-suara yang mabuk boleh didengar. Tiba-tiba jam 2 pagi, aku dengar suara orang -orang perempuan menjerit macam histeria. Ada suara-suara marah dan menengking. Pergaduhan! AKu lupa itu juga resam majlis perkahwinan disini. Bunyi orang susup sasap berlari diikuti suara mengejar dan menempik. Suara orang perempuan menangis pun ada. Aku yang sedang main game di notebook sekolah, hanya berdoa agar mereka tak memecah tingkap rumah atau kereta, syukurlah motorku didalam rumah.Kawanku yang tidur dibilik sebelah yang amat hampir dengan ruang luar, meng'sms' ku, dia sedang kecut perut. Aku ketuk pintu biliknya dan mengajak dia tidur dibilikku.Aku taklah berani sangat, tapi masih tenang.Kecoh diluar reda apabila aku dengar ada suara mengugut mahu memanggil polis. Tiba-tiba senyap..diluar. Aku harap tiada yang cedera apa lagi terbunuh. Teringin juga aku membuka tingkap untuk melihat apa yang terjadi, tapi otakku membisikkan agar tak mengendahkan apa yang berlaku. teringat pula disini ada ramai pemegang senapang patah berlesen kerana memliki ladang-ladang kelapa sawit.Buatnya kena peluru sesat,tak banyak amal yang dapat kubawa. Pagi ahad, aku lihat mereka tenang-tenang sahaja, seolah tiada apa yang berlaku. Pastinya hanya guru-guru semenanjung yang berbisik sesama sendiri. Arak menghancurkan ummah-pesan kerajaan malaysia. Kritiklah tulisan ini (2) Papar kritikan amirahsyuhada @ Monday, November 13, 2006 12:16 pm Saturday, November 11, 2006
Pertama, 'Notebook' aku rosak. Takboleh di'charge' bateri. Aku cuba cabut baterinya dan lihat kalau-kalau elektrik masih disambung, tapi masih tak dapat disambung. Jadi kesimpulannya kemungkinan besar papan induknya yang baru kuganti, bermasalah. Jaminan pembelian, akan berakhir pada 19hb ini, bengang...Bila pula aku nak kebandar untuk menghantarnya ke Pusat Servis. Dan aku pula akan pulang ke semenanjung pada 18hb november ini. Jika aku hantar di semenanjung, aku akan terlepas tarikh jaminan tersebut, jika aku hantar disini, bermakna aku akan pulang kesemenanjung, tanpa 'notebook' tersebut. Sebulan lebih tanpa 'notebook' boleh buat aku mati kutu.Dahlah aku terpaksa buat projek laman web sekolahku versi 2, mana mungkin aku buat menggunakan notebook sekolah yang super lembab ini. Kedua, Bilik guru akan dipindahkan ke blok bangunan bawah pada tahun hadapan. Sambungan internet tidak dipindahkan, bermaksud, aku akan sukar untuk online pada tahun hadapan. Ketiga, Aku nak mohon talian telefon dirumah sewaku, tetapi, aku mungkin akan mohon pindah tahun depan, jadi macam tak relevan pula aku mohon talian. Streamyxx apa tah lagi, syarat memohon adalah tidak berpindah selama setahun. Nampak sangat aku tak layak. Tapi jika aku hanya mohon talian tetap, pasti bil akan tinggi dan aku akan bosan menunggu lambatnya transaksi online tu. Keempat, Blogdrive makin lembab, dan aku rasa kadangkala sukar dicapai. Kalau aku pindah ke blogspot, terasa sayang dan malas pula nak bina sesuatu yang baru kembali. Aku rasa sekarang 'server' satu dunia tengah bermasalah. Blogspot pun kadangkala lembab juga. Dan aku dah sayang dengan blogdrive aku yang puas sudah ku reka bentukkan. KUUUUUU..didalammmmmmmm...dilemmmmmmmmmmmmmmaaaaaaa... Arghhhhhhhhh....rumitnya hidup! Kritiklah tulisan ini (1) Papar kritikan amirahsyuhada @ Saturday, November 11, 2006 12:35 pm Thursday, November 09, 2006
Majlis anugerah cemerlang 2006... ..aku pengacara majlis...gugup..pertama kali.. ..persembahan pelajar..lagu dealova..memukau.. ..pelajar..gembira..tamat hari persekolahan..esok hanya gotong-royong.. ..cikgu-cikgu..aku..rehat..dibilik guru..selesai majlis..makan kuih popia..banyak! ..aku..siapkan surat-surat masuk skim pencen..minggu depan mesyuarat sekolah.. ..online daftar pelajar teknik...selesai...sambung esok... ..GEMPAR!.. ..ketua pengawas dibelasah..diluar pagar sekolah..berlumuran darah..kayu beruti.. ..polis...aku..cikgu-cikgu..marah..geram... ..pelajar harapan..SPM..Hospital Beluran.. ..pelajar..samseng..sedang dikejar.. ..diakhiri tragedi..noktah. Kritiklah tulisan ini (2) Papar kritikan amirahsyuhada @ Thursday, November 09, 2006 03:38 pm |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||