"Hidup ini umpama kanvas, kita adalah warnanya, kadangkala hitam pekat lagi menyiksakan, kadangkala putih,tenang lagi membahagiakan. "

Google
 
Web Blog Amirahsyuhada
Wednesday, August 02, 2006

Bila wang tidak bernilai

Wang..wang dimana nilai mu kini?

Tambang MAS naik, taarif air akan naik, taarif letrik telah pun naik, harga minyak dah berkali-kali naik lalu apa lagi yang tak naik?

Gaji!

Dunia hadapi krisis ekonomi yang kritikal, pekerja kelas pertengahan dan bawahan menjadi mangsa.

Semuanya bagaikan berantai.

Bila elektrik naik, penjanaan bekalan air terpaksa dinaikkan.Kilang-kilang terpaksa keluarkan barangan dengan harga yang tinggi untuk tampung kos pengeluaran. Rakyat makin tersepit.

Bila harga petrol melambung, kos pengangkutan pun akan meningkat, minyak kapal terbang pun melambung kosnya dan tambang kapal terbang naik.Perantaulah yang menjadi mangsa.

Bengang!




Kritiklah Tulisan ini

amirahsyuhada @ Wednesday, August 02, 2006 01:20 pm

_____________

Tuesday, August 01, 2006

Perjalanan dengan dia..


Hariini, aku menaiki skuterku kesekolah. Setiap kali bersama dia, aku sering bimbang kiranya hujan akan menanti kepulanganku. Jalan dari sekolah ke rumahku adalah jalan bertar yang amat daif (tapi dipanggil 'highway' oleh orang disini). Tiada lampu jalan sepanjng perjalanan sejauh 15km. Dan hujan pastinya akan membahayakan keadaanku. Sekolah sesi petang, kami cuma akan pulang bila senja mula hadir. Petang dan hujan amat sinonim.

Kali pertama aku bersama dia, pulang dari sekolah. Aku terpaksa menunggu hingga jam 7.15mlm agar hujan sedikit teduh. Itulah perjalanan paling mencabar buatku. Dia hampir membawaku masuk kelorong yang bertentangan, nasib tiada kenderaan. Aku pula masih belum biasa dengan isyarat lampu tinggi dan rendah yang harus ku tekan. Silau dari lampu kereta lain menyebabkan aku hampir terbabas. Helmetku pula memiliki cermin gelap, lebih memburukkan keadaanku. Nasiblah dua orang rakanku menemani aku dari belakang, seorang berkereta, seroang lagi menunggang motor kawasaki.

Hari pertama itu hampir membuatkan aku serik untuk bersama dia kesekolah. Tapi akan sia-sialah kehadiran dia dalam hidupku kiranya aku sekadar membiarkan dia tersandar dihujung ruang tamu rumah.

Lalu hariini, teman serumahku kesekolah awal, aku yang memang masih mengantuk sekadar memberitahunya aku akan kesekolah menaiki motor.

Jam 4.05 petang, angin mula bertiup dengan kuat, langit mula mendung. Penolong kanan dan pun mengusikku, hujan pasti akan turun. Sedang aku masih berdoa agar hujan tidak akan turun.

Doakan keselamatanku..



Kritiklah tulisan ini (2)

amirahsyuhada @ Tuesday, August 01, 2006 04:55 pm

_____________

Monday, July 31, 2006

Hidup sebagai marhaien
Akibat pertukaran 'notebook' beberapa catatan ku tak dapat aku paparkan disini. Bulan ogos, semua guru akan dibekalkan dengan 'notebook' secara berfasa. Pengetua meminta aku mengambil 'notebook' sekolah untuk dikhaskan menyimpan data. Secara tidak lansung, aku dipaksa memgang tanggungjawab menjaga notebook ini. Jadi notebook persendirian ku terpaksa ku tinggalkan dirumah...bersendirian.

Tiga hari aku berkursus, banyak pengalaman yang aku timba, tentang persahabatan dan juga ilmu teknik mengajar 'grammar'.

Aku dibawa oleh seorang teman, menyaksikan kehidupan golongan marhaein di bandar sandakan. Banyak yang aku tak lihat, disebalik kehidupan mereka. Aku jadi insaf, betapa kami guru semenanjung, sering dianggap 'orang luar', kerana kami tidak pernah mencuba untuk menjadi mereka.

Kami ke Genting Mas Mall, di Stesen Bas Sandakan. Aku menemani temanku menanti bas terakhir. Di genting Mas, bangunan baru ini, sesak dengan pengunjung yang rata-ratanya menggunakan bas sebagai pengangkutan.Harga barangan memang murah.Tapi ada sesetengah barang yang biasa menjadi kegunaanku tiada disini.

Sambil menunggu bas di bangku yang hampir dengan penjaja air dan Bakso, aku memerhatikan kehidupan malam disini. Bau asap bas meamang menyesakkan hidungku, termasuklah bau badan orang disekelilingku, kanak-kanak jalanan bergurau sesama mereka. Ternampak juga golongan maknyah yang tersenyum sipu apabila diusik.



Bakso, mihun sup yang dijual oleh penjaja yang berkereta sorong, aroma supnya seolah-olah memanggilku mencuba.Mulanya aku ragu dengan kebersihan makanan yang dijual, tapi kata temanku pakcik ni memang setiap hari menjual disini. Jadi aku fikir, kalau aku sakit perut, malam esok aku boleh 'komplen' pakcik ni.hahah.

Apa itu bakso?


Inilah bakso, mihun sup yang ditenggelami tauhu dan ketulan daging yang telah dihancurkan bersalut kanji, kenyal dan tiada lansung rasa daging. Supnya enak, tetapi disebabkan aku tidak gemar makan tauhu, menyebabkan menghabiskan semangkuk Bakso berharga rm2 ini agak menyeksa tekak ku.

Pengalaman menunggu perebet sapu hampir setengah hari juga agak menyeksa jiwaku, mendidik kesabaranku.

Jumaat, 28hb.Aku keluar dari hotel jam 12.45pm, selepas solat zohor. Jumpa perebet sapu, yang berjanji denganku akan bertolak pada jam 2. Memaksaku meluangkan wang dan masaku di Wisma Sandakan untuk membeli VCD dan barang-barang yang tidak kurancang.

Tepat jam 2 petang, aku menunggu. Letih berdiri, aku mencari ruang untuk duduk disebalik belakang kedai-kedai.

Ini ruang tangga tempat aku menunggu.


Kotorkah? aku letih, perkataan kotor seolah tiada dalam kamusku dan aiskrim kit kat coklat drumstick yang baru kubeli juga tak menunggu aku,ia tetap mencair. Jadi aku duduk disitu sambil menghabiskan aiskrim, dan berdoa moga dua orang lagi penumpang prebet sapu yang menangguh-nangguh masa, akan cepat selesai urusan dipasar.Orang lalu lalang memandangku, hairan.Pedulikan, sedikit pun pandangan mereka tidak meluakkan apa-apa.


Ini pandangan depanku, apabila aku duduk ditangga. Penantianku di lorong belakang tempat menunngu prebet sapu ke beluran, amat menyeksakan. Aku jadi lali pada pandangan orang yang lalu lalang. Ini bukan kali pertama aku dududk disini, ini kali kedua, aku mengalami situasi yang sama. Kali pertama dulu, aku menunggu disini sendirian (seperti biasa 'lone ranger'),sama juga, hingga ada beberapa lelaki yang menegurku, berbual, tak kurang juga mengajak aku minum. Aku sekadar tersenyum, berbual melawan jemu, ya mungkin. Minum, maaf aku tolak dengan hormat.

Akhirnya jam 3.59petang, barulah aku bertolak ke Beluran.



Kritiklah Tulisan ini

amirahsyuhada @ Monday, July 31, 2006 03:24 pm

_____________

Monday, July 24, 2006

Bersama dia..

Maaf lama aku tidak menulis jurnal 2 entry dalam satu masa. Esok aku akan berkursus iaitu dari 25 hingga 27hb, mungkin aku akan cuti pada 28hb.

Luka ditanganku masih belum baik. Semalam bengkak dan lebam. Aku sangka cuma sekadar luka kecil yang tidak perlu diendahkan,rupanya telah pun di'infection'. Aku sekadar letak minyak gamat sahaja, tiada antiseptik dalam simpananku.

Adakah aku serik? Tidak.Tidak sekali-kali. Aku hanya mencuba membuat aksi lasak dengan skuter Modenas Eleganku, rupanya motorni ekzosnya agak rendah menyebabkan aksi lasakku terbantut dan kecundang.

Pengalaman ku dengan motorsikal selama sembilan tahun, sejak aku mendapat lesen penuh waktu berusia 17 tahun, amat cemerlang. Tidak pernah terlibat dalam kemalangan ataupun jatuh motor. Juga pernah lari dari 'road block' polis traffik walaupun aku tiada kesalahan. F,sahabatku,aku rasa kau akan mengingati kenangan ini sehingga mati!! Hahah.

Bersama skuter yang baru berusia 25 hari ni, adalah antara detik yang paling mengembirakan aku. Ianya terasa ringan bila kelajuan mencecah 100,terasa kereta-kereta lain terlalu perlahan macam kura-kura. Membelok pun sudah semakin mahir bila dah biasa dengan sudut yang perlu diambil. Cuma ianya agak berat jika bawa perlahan. Akibat tayarnya yang agak besar menyebabkan tak terasa sekiranya ada jalan berlubang atau berbatu.Cuma tubuhnya rendah, menyebabkan sering terasa kalau terlanggar bonggol.

Kalau bawa kesekolah, sering terdengar pelajar-pelajar mengajuk bunyi motorku dari belakang, ada yang mengusik meminta tumpang (pelajar lelaki pula tu), terpulanglah pada mereka, ini adalah motor idamanku, takkan aku mengalah dengan pandangan mereka.


Elegan Modenas



Kritiklah Tulisan ini

amirahsyuhada @ Monday, July 24, 2006 03:06 pm

_____________

Sahabat empat fasa?
Apa erti sahabat?

Bagi aku definisi sahabat dan kawan atau teman adalah berbeza. Kawan sekadar kawan yang harapnya tidak akan menjadi lawan. Teman adalah sekadar insan yang menemani kita menjalani kehidupan.

Sahabat adalah sesuatu yang amat istimewa. Sahabat adalah seseorang yang anda ingati waktu anda sedang mencari sinar. Bayangkan saat anda merasakan anda tidak mampu untuk menjalani kehidupan, anda perlukan seseorang untuk anda minta nasihat, dan nama atau wajah insan itu yang terpapar dimata anda, itulah sahabat.

Dalam hidup aku, aku mengalami pelbagai fasa kehidupan. Pernah melalui zaman rock, heavy metal,nasyid dan slow rock. Dalam semua fasa ini, aku menemui beberapa insan yang layak kugelar sahabat.

Mungkin kalian akan ketawa, jika aku katakan aku menemui seorang sahabat pada setiap fasa.

Empat orang sahabat ini sentiasa berada disisiku saat aku amat memerlukan.Walaupun kadangkala aku akui, akulah yang sering tiada disaat mereka memerlukan.

Dan, bagi aku sahabat adalah satu ke ajaiban.

F sahabat zaman rockku, zaman persekolahan. Aku dan F digelar sebagai 'big and small',kami ditempatkan dikelas yang agak cemerlang, tapi sayang, kami sentiasa menunjuk belang,akibat selalu jadi 'pailang'!

Z sahabat zaman heavy metal, dengan dialah aku kenal lagu-lagu Gun n Roses. Dia sahabatku dikampus,aku dan dia sering termasuk dalam golongan orang-orang pelik. Kami tak kisah, asalkan tak buat benda jelik,makan ikan keli sembunyi dalam bilik,teringin nak makan mangga tak tahu kupas sanggup panggil kawan sebelah bilik,manalah orang tak kata kami pelik!

KJ sahabat aku zaman nasyid, dialah penyelamat kehidupan aku yang terumbang ambing. Dengan sabar aku yang 'mentah' ni sering dibimbing,hatiku yang dikeras dan ganas dididik agar hidayah didada tidak berpaling, tapi sayang rupanya imanku lebih nipis dari kertas sekeping.

I adalah sahabat yang sering berdamping denganku kini. Dia rakan serumahku. Dialah satu-satunya insan yang tahan dengan kerenahku. Pernah aku katakan padanya kalau aku ini seorang lelaki, aku akan rasa menyesal seumur hidup kalau tidak menjadikan dia suri hidupku.Tapi aku rasa kalau dia jadi lelaki, simpang malaikat 44 dia nak mengurat aku. Mana taknya, pandai memasak jauh sekali,rajin cuma bila kena puji,rupa tak secantik siti nurhaliza tak pernah pula dikesali, iman pula hambarlah kini,harta cuma motor yang baru beli, keturunan pula tak hebat mana cuma adalah bau-bau bacang dengan Indonesia punya para wali!

Macamana tulisan aku jadi macam pantun? Entahlah, maaf tajuk ini telah agak tersasar dari tajuk asal, harap taklah dihukum khidmat negara macam zidane! Oh Zidane, harap anda lebih penyayang selepas hukuman ini.

Manisnya, semua sahabatku ini masih lagi saling berhubung walaupun tidak kerap. Mereka mempunyai fungsi masing-masing dalam hidupku. F penasihat keluarga, Z penasihat kewangan, KJ penasihat kerohanian dan I penasihat pemakanan.Hahaha.

Oh dunia, berilah aku senyuman untuk esok dan selama-lamanya.



Kritiklah Tulisan ini

amirahsyuhada @ Monday, July 24, 2006 11:00 am

_____________

Don't buy Vista Security