|
. : profile : . ![]() amirahsyuhada Dia ingin menjadi dewasa, tapi sering merasa dirinya belum bersedia menjadi seorang 'wanita'. Dia seorang yang amat sederhana. Degil,keras kepala,nakal dan tidak sistematik. Dikelilingi kanak-kanak dan remaja sering membuatkan dia tak ingin dewasa, namun dia terpaksa menjadi dewasa, sebab umur dah pun semakin tua. Membesar di pinggir bandar Melaka, kini bertugas di kawasan pedalaman di Sabah. Hidup bagaikan lukisan.Kadangkala indah dan mengasyikkan, kadangkala gelap dan memilukan. Opsyen Teknologi Maklumat dalam Ijazah pendidikan, tapi mengajar B.inggeris dan P. Seni Visual, sesuatu yang tidak pernah disangka oleh guru English dan P.Seni nya dahulu.Namun memang tiada siapapun menjangka dia akan graduat dan bertugas sebagai guru, kerana dulu, dia hanya seorang pelajar nakal yang 'clumsy'.
Blog dalam English Highlight ![]() Blog Alternatif dalam percubaan
My majesty:Elegan modenas ![]() Aku adalah ahli gengjurnal yang pasif. Tunggulah aku pindah semenanjung mungkin baru aktif..haha. Amirahsyuhada di Gengjernel . : archives : .
|
"Hidup ini umpama kanvas, kita adalah warnanya, kadangkala hitam pekat lagi menyiksakan, kadangkala putih,tenang lagi membahagiakan. " |
. : Links and Tagme : . ![]() Tagme ini terpapar di dua blog amirahsyuhada iaitu di blogspot dan blogdrive ++++Catatan berharga++++ convert Mp3 dari video Kod html letak gambar serah? perjalanan bersama dia aku seadanya abnormal vs normal one child by torey hayden Melaka kembali bersultan the never forgotten sister +++++
Amirahsyuhada's video More Amirahsyuhada's video in Youtube Blog yang kubaca
Laman-laman menarik Jens idea on teaching english review novel2 melayu education world thestoryteller jarimengetik
![]()
++ Aku di Yahoo++ @counter@ ![]() AMARAN:Semua tulisan disini adalah pandangan individu Amirahsyuhada, tidak mewakili mana-mana pihak, samaada Kesatuan Guru-guru atau pun Kakitangan Kementerian Pendidikan Malaysia. Tulisan ini boleh dijadikan bahan rujukan, kerana ianya adalah fakta dan pandangan, tetapi tidak boleh dijadikan bahan bukti dimahkamah. . : Contacts : . Contact Me RSS Atom . : credits : . blogskins annika von holdt Designed by:cherish- |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Wednesday, May 17, 2006
aku tahu video dari youtube memang agak slow kalau buka dengan dial up,
tapi aku tetap nak share video ni. Video ni, sebenarnya ada gambar aku
dalam masa 0.00001 saat..hehe. Kritiklah tulisan ini (1) Papar kritikan amirahsyuhada @ Wednesday, May 17, 2006 02:30 pm Tuesday, May 16, 2006
Aku tahu isu ni akan melukakan hati banyak orang. Tapi hingga kini kami guru-guru ijazah yang memang mempunyai ijazah pendidikan sentiasa tertanya-tanya, kenapa skim KPLI masih dibuka sedang kan guru ijazah dikatakan telah terlalu ramai. tak adil! Kami pilih bidang ni sedari kami masih mentah, kami dah tahu kami akan menjadi guru. Guru menjadi cita-cita kami sejak dibangku sekolah. Hanya segelintir kami yang dapat biasiswa dari KPM. Kebanyakan kami terpaksa bergantung pada PTPTipoo. Malah waktu kami praktikum, kami terpaksa menyara diri sendiri dengan duit simpanan. Tapi kenapa sewaktu proses penempatan..kami dianak tirikan?? KPLI didahulukan kononnya kerana mereka ditaja sepenuhnya oleh KPM. Jadi KPM mahu mereka cepat mendapat tempat. Sedangkan secara jujurnya, pelajar KLPI hanya menjadikan profesion pendidikan sebagai pilihan terakhir setelah terpaksa menganggur. Dah lama kami dengar KPLI nak dimansuhkan kerana guru telah terlalu ramai. Guru KPLI yang ditempatkan pula kebanyakannya dah pun berkahwin, lalu apabila ditempatkan, tak sampai sebulan, mereka akan meminta pertukaran. Tapi guru ijazah pendidikan ni, rata-ratanya masih bujang, mentah..jadi tak kisah ditempatkan dimana. KPM tolonglah!!! Hentikan KPLI secepat mungkin!! Atau tutup sahaja kelas-kelas bidang pendidikan di IPTA kalau KPLI mahu diteruskan. Kritiklah Tulisan ini Papar kritikan amirahsyuhada @ Tuesday, May 16, 2006 02:41 pm
Dari weblog Jaring hinggalah ke blogspot. Pertanyaan tentang macamana
nak letak gambar di web sering aku temui. Mungkin kerana kurang
informasi dalam bahasa melayu untuk maklumat macamni di internet. Ok ada 2 cara untuk meletak gambar, 1- adalah ambil gambar dari internet tanpa save di hard disk, 2 adalah upload gambar dari hard disk kita (samada setelah amik dr intenet,save ke harddisk, ataupun memang gambar dari harddisk ..terpulang). Cara 1 ambil address bagi gambar yang kita mahu. Bagaimana nak ambik address tu? Serious dulu aku pun tak tahu benda mudah ni, aku pergi cari coding dia dalam sources. Caranya mudah je. Camni.. Kalau guna Internet Explorer: a) cari gambar yang kita mahu diinternet, selalunya aku guna google search image. Contohnya harini aku nak cari image pasal Teacher's day. Setelah cari di google, aku jumpa web ni. weblog susanjafri Katalah aku nak amik gambar ni budak ni ![]() Jadi aku point kat gambar tu, klik kanan mouse, akan keluar..benda ni ![]() nampak tak Adress (URL)? OK copy address tu kemudian masukkan coding ni
<img src="address_URL_tulah"> ni sesuai untuk semua blog malah laman web pun camni gak. Cara 2 Camner ye nak upload gambar kalau weblog tu tak sediakan storan? Aku nasihatkan korang store gambar korang di host yang sediakan storan imej secara percuma, gambar tu boleh disetkan sebagai private. Host yang aku cadangkan disini ialah http://www.flickr.com sebab host ni yang paling effisyen setakat ni, sebelum ni aku dah guna fotopages dan photobucket..tak best host ni lembab dan link slalu hilang. Jadi register flickr dan upload gambar tu kemudian buatlah macam cara 1 tadi. Mmmm agak2 ok ke penerangan aku ni? wallahualam bissawab. Kritiklah Tulisan ini Papar kritikan amirahsyuhada @ Tuesday, May 16, 2006 01:00 pm Wednesday, May 10, 2006
Harini kalut dan sibuk..esok perarakan maulidur rasul, aku urus
perarakan. Member2 ajak pergi memancing lagi sabtu ni, tapi aku rasa
tak dapat pergi.. Pendaftaran PTK..esok dateline!!!! ![]() Kritiklah tulisan ini (2) Papar kritikan amirahsyuhada @ Wednesday, May 10, 2006 04:45 pm Monday, May 08, 2006
Photo..
Kritiklah Tulisan ini Papar kritikan amirahsyuhada @ Monday, May 08, 2006 05:27 pm |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||