|
. : profile : . ![]() amirahsyuhada Dia ingin menjadi dewasa, tapi sering merasa dirinya belum bersedia menjadi seorang 'wanita'. Dia seorang yang amat sederhana. Degil,keras kepala,nakal dan tidak sistematik. Dikelilingi kanak-kanak dan remaja sering membuatkan dia tak ingin dewasa, namun dia terpaksa menjadi dewasa, sebab umur dah pun semakin tua. Membesar di pinggir bandar Melaka, kini bertugas di kawasan pedalaman di Sabah. Hidup bagaikan lukisan.Kadangkala indah dan mengasyikkan, kadangkala gelap dan memilukan. Opsyen Teknologi Maklumat dalam Ijazah pendidikan, tapi mengajar B.inggeris dan P. Seni Visual, sesuatu yang tidak pernah disangka oleh guru English dan P.Seni nya dahulu.Namun memang tiada siapapun menjangka dia akan graduat dan bertugas sebagai guru, kerana dulu, dia hanya seorang pelajar nakal yang 'clumsy'.
Blog dalam English Highlight ![]() Blog Alternatif dalam percubaan
My majesty:Elegan modenas ![]() Aku adalah ahli gengjurnal yang pasif. Tunggulah aku pindah semenanjung mungkin baru aktif..haha. Amirahsyuhada di Gengjernel . : archives : .
|
"Hidup ini umpama kanvas, kita adalah warnanya, kadangkala hitam pekat lagi menyiksakan, kadangkala putih,tenang lagi membahagiakan. " |
. : Links and Tagme : . ![]() Tagme ini terpapar di dua blog amirahsyuhada iaitu di blogspot dan blogdrive ++++Catatan berharga++++ convert Mp3 dari video Kod html letak gambar serah? perjalanan bersama dia aku seadanya abnormal vs normal one child by torey hayden Melaka kembali bersultan the never forgotten sister +++++
Amirahsyuhada's video More Amirahsyuhada's video in Youtube Blog yang kubaca
Laman-laman menarik Jens idea on teaching english review novel2 melayu education world thestoryteller jarimengetik
![]()
++ Aku di Yahoo++ @counter@ ![]() AMARAN:Semua tulisan disini adalah pandangan individu Amirahsyuhada, tidak mewakili mana-mana pihak, samaada Kesatuan Guru-guru atau pun Kakitangan Kementerian Pendidikan Malaysia. Tulisan ini boleh dijadikan bahan rujukan, kerana ianya adalah fakta dan pandangan, tetapi tidak boleh dijadikan bahan bukti dimahkamah. . : Contacts : . Contact Me RSS Atom . : credits : . blogskins annika von holdt Designed by:cherish- |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Thursday, April 13, 2006
This 2 weeks i am a bit worried about one of my student. As you know i am a form teacher for this year. R, is a boy who was come from a problem family.His parents had divorce but still living together.Sometimes he stay with his brother. He like to hanging around with his friend on late night, only return to home when it almost dawn.And he always absent at school. Am not joking about his absents,he only go to school 2 days, every week. Even when he come to school, he will escaped for some classes. I had asked him, why he escaped. He answer me that he not finish the homework. Because of his attendents was so bad, i have to gave him a warning letter. First warning. He not give any response about the 1st warning letter,almost 7 days. The warning letter have to return to form teacher with parents signature. I call him to meet me at staffroom, i dont want to call him at class because i know it will embarassing him. But he not come to me. At last i have to meet him at class on my teaching period.I come to his desk and in half wishpering, I told him, i have to follow procedure,no response for 1st warning letter in 7 days,the students will be given 2nd warning letter and after 3rd warning letter,the student will be suspend for 3 days..on so on. I told him, please just ask his guidance even his brother if he dont have choice, to come to school and discuss with me about his problem.I talked to him, he have to be brave and responsible on what he did. On last friday R not come to school for 2 days and his friend told me he was expelled by his father from their house.I called his sister that studying at form 5 in my school and asked her why their father expelled R from home. His sister told me that its happened because their father tired on R habit,return so late to home.Now R was reported by some students,that he was staying at his friend's house. I gave his sister a 2nd warning letter that she have to give to their parents. Its happened yesterday, when i got a report from my students that actually, R coming to school.But only to beat some students from other class.He treathened the whole class.Its happened before school period start.After that come another reported that, R actually always waiting some students outside the school, he will choose some weak students to beat.He will hitting them without any reason. Today i heard R was there, at school area,but not enter his class,he hiding at school backyard,i told some male teacher,they searching for him,but he run away as soon he saw the teacher. Our headmistress tell us,if R beat some other students,we have to call police.If he come to school and we can take him to staff room,he will get suspend letter.At least for 2 weeks. I really wanted to meet R..but how? He is not at home and will run away from us as soon he see us. R for me is not so bad student. He was average in academic. He never disturb me at class. Sometimes he like to rise his hand and answer my question. He never being rude with me. I want him back to my class.. If i know this will happen..i will never issue the 1st warning letter even if my senior assistance will grumble at me for a year.I had to gave his sister the letter, because i want his mother (i heard his mother had try to call R to return home) to consule R and take R to school. I wish i can save R. Kritiklah Tulisan ini Papar kritikan amirahsyuhada @ Thursday, April 13, 2006 05:04 pm
Assalamualikum semua.. Harini aku nak beritahu sesuatu yang mungkin kalian tak tahu. Aku gemuk! Ya , aku gemuk. Mungkin aku segemuk Syanie. Aku tak kisah apa yang orang lain nak kata. Dan aku dah bosan dengan orang-orang yang tak dapat menerima siapa aku. Aku tak akan berubah untuk orang lain, aku hanya akan berubah jika aku mahu berubah. Aku hanya menerima orang yang menerima aku seadanya.Ada orang suka tanya aku kenapa aku taknak cuba kuruskan badan. Kenapa? Kenapa perlu aku kuruskan badan? Adakah aku ini menyakitkan padangan orang? Adakah aku meyusahkan korang? Aku bersyukur kerana aku dilahirkan punya ayah dan ibu, punya kakak,abang dan adik. Aku bersyukur kerana aku dilahirkan sempurna,cukup tangan dan kaki,dapat melihat,dapat mendengar, dapat berjalan. aku bersyukur kerana masuk matrix juga walaupun aku bukannya pandai sangat. Aku bersyukur kerana mempunyai housemate yang sanggup buatkan aku teh panas bila aku sakit, aku bersyukur kerana memiliki sahabat-sahabat yang menerima aku seadanya,aku bersyukur kerana aku dipostingkan ditempat yang masih ada jalan darat, aku bersyukur kerana aku berjaya graduat dan memiliki pekerjaan tetap, aku bersyukur kerana terselamat dari cabaran sosial sewaktu remaja, aku bersyukur kerana dilahirkan didalam Islam, aku bersyukur kerana masih hidup walaupun pernah dijangka tidak dapat diselamatkan sewaktu lahir, aku bersyukur kerana aku masih sihat walaupun aku seorang yang gemuk. Sebagai seorang yang gemuk aku banyak melalui suka duka sebagai manusia. Aku pernah dibuli, disisih dan disingkirkan. Aku pernah dipandang lemah dan hina. Aku pernah berkali-kali dipandang rendah walaupun aku cukup ketinggian 157cm. Tapi kerana aku seorang yang gemuk juga, aku tahu menilai erti persahabatan, kejujuran dan keikhlasan. Ada orang kata orang yang gemuk tidak aktif. Anda silap. Aku pernah jadi pesilat menewaskan orang yang kononnya kurus dan aktif, aku pernah wakil sekolah untuk olahraga, aku pernah terjun jeram setinggi 20meter didalam aktiviti lasak sedangkan ada peserta kurus yang sembunyikan kerana takut kononnya. Kalau ada perkara yang aku tak mampu buat,ialah kerana aku dilahirkan dengan paru-paru yang lemah. Aku ada asthma sejak aku berusia sehari.Aku tak boleh berlari jarak jauh tapi aku boleh berlari pecut mengalahkan orang yang lebih kurus dari aku. Aku takkan berubah semata-mata orang mahu aku berubah. Ada orang nasihatkan aku supaya aku kuruskan badan supaya aku mudah mendapat jodoh. Dah..namanya jodoh, jodoh,rezeki dan maut ditangan tuhan. Okay kalau aku kuruskan badan harini, dan orang tu berkenan dengan aku sebab aku kurus dan cantik, adakah bila aku dah bergelar isteri, dah ada anak dan dah tak cantik lagi serta tak kurus lagi..orang itu akan tinggalkan aku.Lagipun, kalau semata-mata kerana gemuk, kenapa ada orang yang kurus dan cun giler ada yang masih membujang.Kalau aku turunkan berat badan dan masih tidak berkahwin...adakah aku harus kecewa seumur hayat..NOOO!! Dulu masa aku remaja ya aku selalu rendah diri kerana gemuk, tapi sejak masuk universiti aku mula menerima aku seadanya. Bagi aku kalau orang tak suka aku sebab aku gemuk, tu masalah diorang bukan masalah aku. Manusia, mana pernah puas hati. Orang kulit putih ada yang pandang rendah orang kulit hitam, orang kaya ada yang pandang rendah orang miskin, orang rendah nak jadi tinggi,orang kahwin rimas dengan hidup bekerluarga, orang bujang nak sangat berkahwin! Malah ada orang yang rasa sempurna pula pandang rendah pada orang kurang upaya. Dan tak kurang juga orang kurus nak gemuk. Dunia..dunia..kalau dikejar memang semakin jauh. Dengar sini dunia!! Perkahwinan tak penting, yang penting adalah teman hidup. Teman hidup disini dan juga di akhirat. Nak kawan dengan aku kenalah terima aku seadanya, sebab aku pasal kawan memang tak pernah memilih. Bagi aku kawan,sahabat adalah permata paling berharga. Siapa pun dia, darimana pun dia datang, selagi dia menerima aku seadanya.. aku terima dengan tangan terbuka.Manusia tiada yang sempurna. Hidup ni hanya sementara, tiada apa yang kekal. Aku akan menerima sesiapa sahaja yang dapat menerima aku seadanya,yang menyintai aku kerana Allah. Jika aku ditakdirkan hidup seorang diri, aku tahu Allah dah banyak beri nikmat pada aku.Wajiblah aku bersyukur kerana itu.Mungkin nikmat perkahwinan bukan untuk aku. Bak kata Afdhlin Shauki dalam filem Buli Balik.. "Apa gemuk-gemuk? Kau tak puas hati aku gemuk?" -aku yang gemuk- Kritiklah tulisan ini (1) Papar kritikan amirahsyuhada @ Thursday, April 13, 2006 05:02 pm Wednesday, April 12, 2006
![]() Hampehhh!!!! itu jelah yg boleh aku cakap..Kepala aku pening..nak muntah...tak dapat masuk kelas dan..nak pengsan. Kritiklah Tulisan ini Papar kritikan amirahsyuhada @ Wednesday, April 12, 2006 05:55 pm Monday, April 10, 2006
M dan H bersahabat baik sejak disekolah lagi. Masa sekolah dulu si M ni memang pelajar yang baik,mungkin disebabkan fizikalnya yang agak lemah,kurus dan cengkung membuatkan dia gemar berada dikalangan pelajar-pelajar lelaki yang tak pernah membuat masalah disekolah. Beza pula dengan H, H sering bersama pelajar-pelajar perempuan yang kaki trouble. H dan M selalu juga belajar sama-sama. Dan M selalu menjadi mangsa copy right kerja2 rumahnya pada H. Kritiklah Tulisan ini Papar kritikan amirahsyuhada @ Monday, April 10, 2006 05:07 pm
N mesej aku semalam,aku tahu dia bersungguh jemput aku hadiri majlis
perkahwinannya, tapi majlisnya berlansung waktu aku masih di Sandakan. N adalah sahabat permainan ku sedari remaja,kami bertiga. A aku dan N. A kini dah punya 2 orang anak, bekerja di unit farmasi. Antara kami hanya aku yang menjejak langkah ke menara gading.Tapi aku rasakan yang mereka lebih gembira kini...haha mulalah jiwang tu. Aku call B hari sabtu lepas, aku ajak dia main bowling, susah juga mulanya sebab dia memang tak pernah main bowling. Tapi aku pergi pun sebab F ajak, F memang tak pernah pun jejak tempat bowling. Dan aku biasanya kalau bawa orang2 1st timer ni memang akulah yang akan kalah. Paling best bila B janji pada aku dia akan booking apa2 movie yang menarik pada 28hb mei untuk aku dan dia. Aku target nak tengok X-MEN 3. Feez pula katanya tak sabar-sabar nak jumpa aku. Rindu katanya. Teman-teman macamnilah yang selalu buat aku tak sabar nak balik melaka.Benarkah aku bawa kegembiraan pada mereka, siapalah aku wahai sahabat..insan yang hanya menumpang didalam kegembiraan kalian. Kritiklah Tulisan ini Papar kritikan amirahsyuhada @ Monday, April 10, 2006 01:40 pm |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||