"Hidup ini umpama kanvas, kita adalah warnanya, kadangkala hitam pekat lagi menyiksakan, kadangkala putih,tenang lagi membahagiakan. "

Google
 
Web Blog Amirahsyuhada
Sunday, November 26, 2006

Sesuatu yang telah kulupakan..
Dulu aku pernah bercita-cita nak jadi guru silat. Mak aku kata simpang malaikat empat puluh empat.

Sejak sekolah menengah satu-satunya aktiviti kokurikulum yang aku sertai adalah silat. Dari tingkatan 1 hinggalah 5.

Disekolah, aku masuk silat seligi putra, diluar pula aku masuk silat pukulan sendeng. Tapi aku lebih mendapat kepuasan apabila belajar silat pukulan sendeng, kerana yang menjadi guruku, adalah angah, abangku sendiri. Dia tahu kelemahan dan kekuatan aku. Apa yang kadangkala aku sangka aku tak boleh lakukan, apabila dibimbing oleh dia, ianya berjaya.

Aku lemah dari segi seni, tetapi mungkin agak boleh dari segi pencak.

Silat dan aku waktu itu, amat sebati. Malah hingga kini aku tidak boleh dengar seruling rentak pencak silat, bulu romaku akan meremang, seolah menjemput aku untuk membuka jurus.

Kelemahan aku yang paling aku tidak suka, aku akan lupa segalanya bila aku berada digelanggang silat, sewaktu latihan "sparring", seolah-olah aku bertarung tak mengenal siapa.

Dua kali aku cedera, menyebabkan akhirnya aku seolah bersara dari dunia persilatan ini. Seolah-olah saraf silatku telah dimatikan.

Terbayang-bayang gelanggang pukulan sendeng di kampung sg putat.
Salam dihulur, jurus dibuka,langkah di aju, jurus maut jangan sekali, bunga dibuka dan salam bertaut. Satu gelanggang, satu perguruan, umpama satu persaudaraan.

Kini yang tinggal padaku, hanya sepasang baju silat yang lusuh.

Iqa, minta aku ajar taekwondo petang tadi. Nantilah Iqa, mungkin ilmu sendeng yang mungkin masih bersisa, akan kubentangkan.

Pincang kakiku, sedeng tetap kumara jua.



H@iRiE
April 3, 2007   10:05 AM PDT
 
huh bahayanya...
oldrockers
November 26, 2006   07:57 AM PST
 
pegi buat baju baru, silat semula...semangat baru..langkah baru, nanti kalau boyfriend tak setia senang nak belasah hehehe


amirahsyuhada @ Sunday, November 26, 2006 01:06 am

_____________

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Don't buy Vista Security