|
. : profile : . ![]() amirahsyuhada Dia ingin menjadi dewasa, tapi sering merasa dirinya belum bersedia menjadi seorang 'wanita'. Dia seorang yang amat sederhana. Degil,keras kepala,nakal dan tidak sistematik. Dikelilingi kanak-kanak dan remaja sering membuatkan dia tak ingin dewasa, namun dia terpaksa menjadi dewasa, sebab umur dah pun semakin tua. Membesar di pinggir bandar Melaka, kini bertugas di kawasan pedalaman di Sabah. Hidup bagaikan lukisan.Kadangkala indah dan mengasyikkan, kadangkala gelap dan memilukan. Opsyen Teknologi Maklumat dalam Ijazah pendidikan, tapi mengajar B.inggeris dan P. Seni Visual, sesuatu yang tidak pernah disangka oleh guru English dan P.Seni nya dahulu.Namun memang tiada siapapun menjangka dia akan graduat dan bertugas sebagai guru, kerana dulu, dia hanya seorang pelajar nakal yang 'clumsy'.
Blog dalam English Highlight ![]() Blog Alternatif dalam percubaan
My majesty:Elegan modenas ![]() Aku adalah ahli gengjurnal yang pasif. Tunggulah aku pindah semenanjung mungkin baru aktif..haha. Amirahsyuhada di Gengjernel . : archives : .
|
"Hidup ini umpama kanvas, kita adalah warnanya, kadangkala hitam pekat lagi menyiksakan, kadangkala putih,tenang lagi membahagiakan. " |
. : Links and Tagme : . ![]() Tagme ini terpapar di dua blog amirahsyuhada iaitu di blogspot dan blogdrive ++++Catatan berharga++++ convert Mp3 dari video Kod html letak gambar serah? perjalanan bersama dia aku seadanya abnormal vs normal one child by torey hayden Melaka kembali bersultan the never forgotten sister +++++
Amirahsyuhada's video More Amirahsyuhada's video in Youtube Blog yang kubaca
Laman-laman menarik Jens idea on teaching english review novel2 melayu education world thestoryteller jarimengetik
![]()
++ Aku di Yahoo++ @counter@ ![]() AMARAN:Semua tulisan disini adalah pandangan individu Amirahsyuhada, tidak mewakili mana-mana pihak, samaada Kesatuan Guru-guru atau pun Kakitangan Kementerian Pendidikan Malaysia. Tulisan ini boleh dijadikan bahan rujukan, kerana ianya adalah fakta dan pandangan, tetapi tidak boleh dijadikan bahan bukti dimahkamah. . : Contacts : . Contact Me RSS Atom . : credits : . blogskins annika von holdt Designed by:cherish- |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Monday, October 16, 2006
Akhirnya semalam aku telah pun meng'convert' Mp3 kiamat sudah dekat dari VCD filem tu. Ok harini aku akan cerita apa benda 'convert' meng'convert' ni, yang telah menjadi hobi aku sejak azali lagi. Dari VCD tersebut, aku pecah-pecahkan mengikut scene yang aku kehendaki menggunakan Windows Movie Maker. Bahagian ni adalah paling seronok sekali bagi aku sebab aku boleh tukar saiz fail mengikut selera ku sendiri. Dan pastinya scene-scene yang amat bermakna akan menjadi pilihan aku. Perisian Moie maker ni selalunya memang dah ada dalam pakej Windows. ![]() Windows Movie maker Windows Media Maker hanya akan menghasilkan fail *.wmv, dan selalunya tidak serasi dengan kebanyakan pemain audio atau video. Jadi aku akan convert fail wmv ni menggunakan Smart movie player, ini salah satu converter kegemaran aku, selain smart movie, banyak lagi converter lain, tetapi tidak banyak converter yang menerima fail *.wmv. Dan dengan converter ini juga, fail yang dah diconvert, boleh digunakan dalam semua telefon bimbit Series 60. Untuk paparan terbaik selalunya aku gunakan Bitrate 80 kbps untuk video setting, dan frequency 16000Hz, 24kbps bitrate untuk audio setting. ![]() Smartmovie player Selepas itu yang aku akan gunakan player Xilisoft 3gp, dari Smart movie akan hasilkan fail *.avi (Divx) , fail ini tidak serasi untuk kebanyakan pemain video, jadi kerana itu perlu di convert kepada fail jenis *.avi yang biasa. Dan dari xilisoft ini boleh ditukar fail video tadi kepada fail audio samaada *.wav atau *.mp3. Converter ini adalah yang terbaik setakat ni aku gunakan, kerana dia boleh tukar hampir kesemua fail. Kecuali dia tidak terima fail .*wmv. Ia juga boleh menukarkan fail-fail video kepada pelbagai jenis fail, seperti 3gp dan juga .*avi. Fail 3gp penting untuk dimainkan dalam telefon bimbit sekiranya tiada pemain Smart movie versi telefon. ![]() Converter xilisoft Dan akhir sekali, kalau aku mahu kecilkan fail MP3, aku akan gunakan pemain audio Music match, gunakan 20 bkps untuk dapat fail yang kecil semasa sesi meng'convert' tersebut. MusicMacth bagi aku adalah player MP3 yang serba boleh, kerana boleh meng 'convert' dan juga menyalin fail-fail dari cd audio dengan menukarkan fail tersebut kepada fail-fail MP3, tidak kira cd audio yang original ataupun cetak rompak. ![]() Pemain MP3 Music Kerja convert-meng'convert' ni telah pun menjadi darah daging aku.haha.Bila aku rajin, aku akan mengedit fail-fail video dari filem-filem kegemaran ku dan 'upload' ke Youtube. Sayang aku belum ada hosting sendiri, sesuatu yang amat kuingini untuk menyimpan fail-fail audio dan video yang telah aku 'proses' kan. Nantilah sebulan dua lagi aku akan dapatkan hosting berbayar, agar boleh kukongsi fail-fail ini dengan pelayar internet yang lain. Convert: Menukarkan sesuatu jenis fail digital kepada jenis fail yang lain. Contohnya fail video mempunyai 3 jenis fail utama iaitu .*dat,.*avi dan 3GP. Fail audio pula ialah .*wav,. dan *Mp3. Proses convert bermaksud menukarkan jenis fail, contohnya dari .*Mp3 ke .*wav. ps: Sesiapa yang inginkan fail mp3, dua scene iaitu 'mohon dengan sangat' dan lagu tema 'awal dan akhir' dari filem Kiamat Sudah Dekat, bolehlah email saya.
amirahsyuhada @ Monday, October 16, 2006 01:45 pm
Don't buy Vista Security |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||