"Hidup ini umpama kanvas, kita adalah warnanya, kadangkala hitam pekat lagi menyiksakan, kadangkala putih,tenang lagi membahagiakan. "

Google
 
Web Blog Amirahsyuhada
Monday, November 27, 2006

PERHATIAN, PENGUMUMAN DAN PEMBERITAHUAN!
Sedih! Aku terpaksa tamatkan blog ini. Risiko terpaksa di ambil. nampaknya kesetiaan aku dah mencapai penghujung.

ini blog bahasa melayu aku yang baru. http://amirahsyuhada2.blogspot.com.

JADI TOLONGLAH TUKAR LINK ANDA KE LINK YANG BARU. TOLONGGGGGGG.



Kritiklah Tulisan ini

amirahsyuhada @ Monday, November 27, 2006 09:34 pm

_____________

Sunday, November 26, 2006

Sesuatu yang telah kulupakan..
Dulu aku pernah bercita-cita nak jadi guru silat. Mak aku kata simpang malaikat empat puluh empat.

Sejak sekolah menengah satu-satunya aktiviti kokurikulum yang aku sertai adalah silat. Dari tingkatan 1 hinggalah 5.

Disekolah, aku masuk silat seligi putra, diluar pula aku masuk silat pukulan sendeng. Tapi aku lebih mendapat kepuasan apabila belajar silat pukulan sendeng, kerana yang menjadi guruku, adalah angah, abangku sendiri. Dia tahu kelemahan dan kekuatan aku. Apa yang kadangkala aku sangka aku tak boleh lakukan, apabila dibimbing oleh dia, ianya berjaya.

Aku lemah dari segi seni, tetapi mungkin agak boleh dari segi pencak.

Silat dan aku waktu itu, amat sebati. Malah hingga kini aku tidak boleh dengar seruling rentak pencak silat, bulu romaku akan meremang, seolah menjemput aku untuk membuka jurus.

Kelemahan aku yang paling aku tidak suka, aku akan lupa segalanya bila aku berada digelanggang silat, sewaktu latihan "sparring", seolah-olah aku bertarung tak mengenal siapa.

Dua kali aku cedera, menyebabkan akhirnya aku seolah bersara dari dunia persilatan ini. Seolah-olah saraf silatku telah dimatikan.

Terbayang-bayang gelanggang pukulan sendeng di kampung sg putat.
Salam dihulur, jurus dibuka,langkah di aju, jurus maut jangan sekali, bunga dibuka dan salam bertaut. Satu gelanggang, satu perguruan, umpama satu persaudaraan.

Kini yang tinggal padaku, hanya sepasang baju silat yang lusuh.

Iqa, minta aku ajar taekwondo petang tadi. Nantilah Iqa, mungkin ilmu sendeng yang mungkin masih bersisa, akan kubentangkan.

Pincang kakiku, sedeng tetap kumara jua.



Kritiklah tulisan ini (2)

amirahsyuhada @ Sunday, November 26, 2006 01:06 am

_____________

Wednesday, November 22, 2006

Kadangkala..
(sambung ayat diatas) cuti ni bila aku duduk dengan along di Jelapang, aku lah menjadi pengganti kucing didalam video ni, di wrestling tanpa kasihan. Nasiblah anak saudara aku ni comel.





Kritiklah Tulisan ini

amirahsyuhada @ Wednesday, November 22, 2006 06:33 pm

_____________

Monday, November 20, 2006

Cikgu ada cowok?
Itulah pertanyaan Putera Katak, bila aku dan rakanku bertemunya di Lapangan Terbang Sandakan.

Putera Katak, pelajarku di tingkatan 2. Dia duduk berhadapan denganku sewaktu dibalai menunggu. Dia akan ke Shah Alam, menghabiskan cuti dirumah abang. Rupa dia taklah sehodoh Putera Katak, dia lebih suka jika dipanggil mat romeo. Dia pernah mendekati aku, dan cuba meminta nasihat tentang percintaan, gila! Aku bukanlah orang yang wajar.

Bila dengar pertanyaan tu, aku senyap, geleng kepala. Dan aku agak kesal bila terpaksa menjawab..

"tu urusan orang dewasa, kamu tak perlu tahu."

Bencinya!!!! aku benci jawapan tu, sebab aku benci dengar dan apatah lagi meluahkan.Tapi aku tiada jawapan terbaik saat itu.

"Itu tandanya cikgu dah ada cowok!"

Sengeh si putera katak..

Sampai di Terminal Kos Rendah Kuala Lumpur...aku pesan padanya.

"Jangan jadi mat romeo, ingat cewek kamu di Beluran!"

Kepada putera katak, seminggu dua ni, cikgu jadi cewek kepada seorang Pahlawan kecil yang suka memakai baju Mr. Bean, tak lekang dari notebook dan tidak pernah rasa bersalah membelasah ceweknya, kerana dia tahu tangan kecilnya itu tidak akan mampu pun mencuit ceweknya yang sebesar Gorilla.Tak faham? Tu urusan orang dewasa,hahah.



Kritiklah tulisan ini (1)

amirahsyuhada @ Monday, November 20, 2006 12:12 pm

_____________

Thursday, November 16, 2006

Tak faham
"saya kena kaji dan belajar juga cikgu, untuk buat laman web yang ada forum"

"awak buat dirumah"

Bodoh, rumah aku mana ada internet!!

Semangat aku bagai  PWTC kena langgar  pesawat udara airbus.



Kritiklah Tulisan ini

amirahsyuhada @ Thursday, November 16, 2006 09:18 am

_____________

Don't buy Vista Security